apa yang tidak ada di syurga sehingga kan ADAM rindukan HAWA?
pada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri, sayang, puteri atau sebagainya. dijadikan wanita
daripada tulang rusuk yang bengok untuk diluruskan oleh lelaki.. tetapi kalau lelaki sendiri tidak lurus, mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.
wahai lelaki, uruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan ALLAH, didiklah mereka dengan panduan dari -NYA. janganlah cuba menjinakkan mereka yang liar dengan harta kerana mereka nantinya menjadi semakin liar.
janganlah menghiburkan mereka dengan kecantikan kerana nantinya mereka semakin menderita. yang sementara itu, tidak dapat menyelesaikan masalah, kenalkan mereka pada ALLAH, zat yang kekal kerana disitulah punca bagi kekuatan dunia.
akal wanita senipis rambutnya, tebalkan ia dengan ilmu.. hatinya serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman. hiasilah ia dengan akhlak. bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan. la bukan diskriminasi TUHAN sebaliknya disitulah kasih sayang TUHAN. wanita yang lupa pada hakikat kejadiannya pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. tanpa ilmu, iman dan akhlak mereka tidak akn lurus bahkan akan membengkok.
itulah akibat andai wanita tidak kenal Tuhannya. bila wanita derhaka, dunia lelaki akan huru -hara. lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan, tetapi binalah kepimpinan. pastikan sebelum memimpin wanita menuju ILLAHI, pimpinlah diri sendiri kepada NYA.
jinakkanlah diri pada Allah nescaya akan jinaklah segalanya dibawah kepimpinanmu.
janganlah mengharapkan isteri semulia FATIMAH AZ-ZAHRA, andai peribadi mu tidak sehebat SAIDINA ALI....
:D
No comments:
Post a Comment