Pernah juga bayangnya muncul di benak fikiranku ini.
terdetik juga hati ini tuk mengetahui khabar berita darinya. Bukan mengharapkan
apa- apa darinya. Cuma sebagai seorang insan yang masih berperikemanusiaan, aku
tetap mengambil berat tentangnya sebagai seorang sahabat dan sebagai saudara
sesama islam. Biarlah. Aku pun sudah tidak mahu mengungkit masa lalu ku. Dan
kalau boleh aku langsung tidak mahu menyebut tentang perkara yang lepas.
Biarlah ianya menjadi sebuah kenangan yang bermakna buat ku. Biarlah ianya
menjadi panduan buat ku supaya aku lebih berhati- hati dalam membuat keputusan
pada masa yang akan datang. Aku pun tidak menyimpan dendam.
Sekarang aku bahagia. Bahagia dengan cinta aku pada
family aku,cinta aku pada kawan2 aku. Tidak bermakna tiada cinta yang bergelar
sang lelaki. aku tidak bahagia. Kenyataan itu salah!!Aku bahagia sekarang,
bahagia bersama keluarga dan kawan- kawan ku. Bukan aku menyimpan dendam pada
kaum Adam, tapi buat masa sekarang memang aku tidak dapat menerima sesiapa pun
dalam hati ini. perasaan takut tuh masih berjaya menguasai aku lagi. Aku tidak
berniat tuk mengecewakan hati kaum lelaki, tapi aku minta maaf. Buat masa ini
aku belum bersedia untuk menerima sesiapa pun dalam hidup aku. Banyak lagi yang
perlu aku kejar. Banyak lagi perkara yang lebih penting untuk aku miliki. Dan
aku tak yakin, bahawa buat masa sekarang ni, ada lelaki yang betul2 memahami
aku sebagai pelajar grafik design. Banyak komitment yang perlu aku berikan.
Biarlah, aku yakin, cinta itu ada dimana- mana walaupun
ianya hanya sekecil zarah sekalipun.
Bila sudah sampai masanya, cinta itu akan datang dengan sendirinya. Aku tahu
kita patut berusaha dahulu dan barulah bertawakal. Tapi. Bagi aku tak perlukah
kita terlalu berusaha mencari cinta sehinggakan mengabaikan semua tanggungjawab
kita. Cinta itu kan datang pada masa
yang sepatutnya. Pada sesiapa yang masih belum menemui cinta sejati anda,
jangan risau kerana suatu hari ianya akan datang tanpa diduga. Cuma bila, dimana
dan siapa itulah yang kan menjadi persoalaannya. Akhir kata, apa2 pun
teruskan berdoa supaya Allah
mempermudahkan segala urusan kita dan
memberi kita jodoh yang akan emmbimbing kita ke jalan ALLah... insyaallah..
:D