Saturday, 9 November 2013

Salam... dah lama betul tak blogging nih.. hehehe... biasalahkan student macam aku nih bila dah final. Memang tak cukup tangan lah... banyak sangat kerja yang perlu dibereskan. Tapi alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan  lancar. Aku pun berjaya menghabiskan  sem 3 aku nih dengan baik.. sekarang masa aku untuk bercuti.. so, kte enjoy!!! Heheh.. tapi xde lah enjoy mne sgt pun poyo je lebih..
Apa perkembangan aku sekrang??? Hmmm... xde pe2 yang menarik... yang lebih merunsingkan aku adalah... waaa.... berat badan naik lagi.. aku tahu, ni tak lain tak bukan pasal steress dengan assgmnt r nih... huhu.,.. mana tak gemuk law 2 3 pagi still berjaga n lapar... bila lapar ckit je aku makan.. tension gn kerja mkn... pastu bila org ckap aku gemuk bru terhegeh- hegeh nk kurus balik..
Tapi insyaallah, maybe aku blh trunkan berat mkn aku nanti bila dah praktikal.. ohhh.. lupA nak cakap. Bulan 12 nih aku dah masuk sem 4 dan maknanya aku akan praktikal.. waa... sebenarnya aku takut nih... takut nk praktikal.. macam mana nanti keadaan aku masa berpraktikal tuh ea.... hmmm.. harap2 Allah permudahkan segala urusan aku. Apa lagi ea nk cerita, aku pun tak tahu nk story pe lg.. tak de yang menarik pasal diri aku nih... ohhhh.. lupa nk cakap... aku dah de penganti baru mail... comel sgt... serupa n sebijik macam mail. Tapi mail nih pemalu ckit. Mungkin dia belum selesa lagi gan aku... heheh... bahagia nya ada teman lagi...
Lelaki??? buat masa nih entah lah.. aku pun tidak memirkan sGT mengenai perkara tuh.. tipu lah law aku cakap aku langsung tidak memikirkannya, susah untuk meneka hati org dan yang paling ssh bila kita sendiri pun tidak paham dengan gerak hati dan apa yang kita mahukan.
Ahhhhh..... buat masa sekarang nih, perkara tuh xpenting lagi.yang paling penting sekarang, aku kena hbiskan belajar dlu,. Kerja dlu n lps tuh baru bleh tumpukan 100% kt perkara tuh....
So sekarang kita enjoy!!!! :D

Monday, 30 September 2013

mampu berserah

Pernah juga bayangnya muncul di benak fikiranku ini. terdetik juga hati ini tuk mengetahui khabar berita darinya. Bukan mengharapkan apa- apa darinya. Cuma sebagai seorang insan yang masih berperikemanusiaan, aku tetap mengambil berat tentangnya sebagai seorang sahabat dan sebagai saudara sesama islam. Biarlah. Aku pun sudah tidak mahu mengungkit masa lalu ku. Dan kalau boleh aku langsung tidak mahu menyebut tentang perkara yang lepas. Biarlah ianya menjadi sebuah kenangan yang bermakna buat ku. Biarlah ianya menjadi panduan buat ku supaya aku lebih berhati- hati dalam membuat keputusan pada masa yang akan datang. Aku pun tidak menyimpan dendam.
Sekarang aku bahagia. Bahagia dengan cinta aku pada family aku,cinta aku pada kawan2 aku. Tidak bermakna tiada cinta yang bergelar sang lelaki. aku tidak bahagia. Kenyataan itu salah!!Aku bahagia sekarang, bahagia bersama keluarga dan kawan- kawan ku. Bukan aku menyimpan dendam pada kaum Adam, tapi buat masa sekarang memang aku tidak dapat menerima sesiapa pun dalam hati ini. perasaan takut tuh masih berjaya menguasai aku lagi. Aku tidak berniat tuk mengecewakan hati kaum lelaki, tapi aku minta maaf. Buat masa ini aku belum bersedia untuk menerima sesiapa pun dalam hidup aku. Banyak lagi yang perlu aku kejar. Banyak lagi perkara yang lebih penting untuk aku miliki. Dan aku tak yakin, bahawa buat masa sekarang ni, ada lelaki yang betul2 memahami aku sebagai pelajar grafik design. Banyak komitment yang perlu aku berikan.
Biarlah, aku yakin, cinta itu ada dimana- mana walaupun ianya  hanya sekecil zarah sekalipun. Bila sudah sampai masanya, cinta itu akan datang dengan sendirinya. Aku tahu kita patut berusaha dahulu dan barulah bertawakal. Tapi. Bagi aku tak perlukah kita terlalu berusaha mencari cinta sehinggakan mengabaikan semua tanggungjawab kita. Cinta itu kan  datang pada masa yang sepatutnya. Pada sesiapa yang masih belum menemui cinta sejati anda, jangan risau kerana suatu hari ianya akan datang tanpa diduga. Cuma bila, dimana dan siapa itulah yang kan menjadi persoalaannya. Akhir kata, apa2 pun teruskan  berdoa supaya Allah mempermudahkan segala urusan  kita dan memberi kita jodoh yang akan emmbimbing kita ke jalan ALLah... insyaallah..

:D

Tuesday, 10 September 2013

pengalaman mengajar erti sebuah kehidupan

Pengalaman putus cinta tidak lama dahulu memberi pengajaran buat aku agar lebih berhati – hati memilih pasangan hidup. Kini, aku terasa hidup aku lebih terurus selepas berpisah bersama si dia. Serik, itulah yang sepatah ungkapan yang selalu terbit dari bibir aku ni...  tapi tak bermakna aku membenci kaum Adam. Tapi itu semua cerita ringkas yang berlalu sejenak dalam ruang lingkup kehidupanku,mungkin salah aku juga kerana terlalu terburu- buru menerima cinta si dia.  Tapi aku reda sekarang jika ia berhenti disini sahaja. Selepas dilukai, barulah aku tahu tidak semua percintaan itu indah, dan tidak semestinya tidak punya kekasih kita akan kesunyian. Memilih untuk bersendiri juga ada kelebihan yang aku tidak nampak sebelum ni. Memang aku akui, kalau lihat kawan bercinta, aku pun ingin bercinta lagi, tetapi kesudahannya alih-alih bercinta ini banyak juga masalah yang timbul. Buat masa ini aku lebih senang bersendirian dan jika ada waktu terluang, kawan- kwanlah antara peneman setia aku untuk keluar mengisi masa terluang. Kini, barulah aku merasai kehidupan remaja sebenar dan aku gembira apabila dapat bersama teman yang sanggup bersama aku walau dalam keadaan apa cara sekalipun.
 Sejak kembali solo, ada di antara teman rapat yang cuba untuk menjadi orang tengah memperkenalkan aku dengan teman lelaki lain. Tetapi bagi aku, situasi ini kurang aku senangi. Aku tidak kisah untuk menghulurkan salam perkenalan. Cuma bagi aku, biarlah ianya hanya sekadar kawan biasa. Namun, ini tidaklah bermakna aku marah terhadap meraka yang cukup prihatin terhadap perasaan aku selama ini.
Rasanya untuk masa terdekat ini, biarlah aku fokus kepada pengajian. Hati ini masih penat dengan kekecewaan lalu. Sejak kembali solo, aku rasa lebih bebas dan tidak lagi rasa terganggu untuk bergerak ke sana ke mari. Meskipun si dia dulu tidak pernah untuk menghalang aku daripada melakukan apa yang aku suka, tetapi  perasaan bebas itu lebih lagi apabila kembali solo. Mungkin aku berasa bebas kerana aku bebas melakukan sebarang aktiviti tanpa melaporkan kepada si dia.
Ada yang berkata jika mempunyai teman lelaki. kita boleh berkongsi masalah dan apa sahaja, akan tetapi aku beruntung kerana mempunyai rakan lelaki yang agak ramai.kebanyakkan meraka adalah sahabat baik yang cukup prihatin terhadap sahabat perempuan mereka. cakap apa saja masalah yang perlu diselesaikna, insya –Allah mereka akan menghulurkan bantuan. Malah mereka juga adalah pendengar yang baik untuk aku selama ini. terima kasih semua untuk sahabat tersayang untuk sebuah ikatan persahabatan yang ikhlas dan suci ini.
Ada kalanya, timbul juga rasa cemburu melihat pasangan lain bercinta yang selalu bersama, tetapi sekarang itu bukanlah masalah besar bagi aku. Aku tetap enjoy dgn kehidupan aku seadaanya. Otak dan hati tak lagi runsing dan resah memikirkan lelaki. untuk masa yang seterusnya, aku tidak mahu lagi terburu- buru dalam mengejar sebuah cinta. Jika ditakdirkan mengenali dan bertemu seseorang, aku akan terlebih dahulu mengenalinya sebagai seorang sahabat, jika ada keserasian di situ, barulah melangakah ke fara seterusnya. Hehehehhe.

Hmmmm... kesimpulannya, terpulanglah kepada diri sendiri. Jika rasa berdua lebih baik(macam lagu archa tu) heheh, maka teruskanlah hubungan tu. Jika sebaliknya, hidup sendiri juga tetap ada bahagia yang menanti. Nasihat aku Cuma satu je, berwaspadalah dalam mencari teman hidup, jika belum bersedia, baik lupakanlah hasrat n tumpukan apa yang lebih penting dulu. Insya – Allah jodoh itu tetap ada kerana Allah itu sentiasa ada untuk hamba- hambaNYA

Saturday, 17 August 2013

assalamualaikummm.... :)
lama gila xblogging.... buzy sgt gn aktiviti harian sampai masa tuk blogging pun dh xde....
huhuhu...  hmmm.... dh seminggu dh blik jaybee bli... mood beraya pun xhabis lagi... mana tak nya.. law dapat cuti pun seminggu je... nk bermanja2 gn mak pun xsempat.. hehe.. tapi syukur alhamdulillah.. sekurang2 nya dapat jgk cuti kn...
raya tahun ni best gler... yang pling best nye boleh dikatakn 100% hiasan dalaman kt umh i tu, i yang buat...
 mak mmg bg 100% kepercayaan kt i tuk hias umh tu.... katanyanya... citarasa budak art ni lg unik n kreatif...
 btl ke mak i ckp tu>? heheehheh...
mcm xprcye lak... p i mmg gunakan peluang ni sebaik mgkin...
along n angah???? dyorg tu just bantu2 i jer.... lgpn mak dh bg tugas tu kt i...
 so dyorg ikut jela apa y i nk... so xde hal bila sume idea y i keluarkn tu dyorg suka...
 so senang r kerja.
:D

Tuesday, 16 July 2013

*KEsihatan

sejak akhir- Akhir ni, kesihatan aku semakin merosot... asyik2 sakit je... antibodi badan pun dah tak kuat lagi... asyik2 ubat,,, asyik2 panadol n asyik2 minyak cap kapak... tu jela y aq dpt fkir bila sakit ni menyerang lagi.... yang susah nya. bila aku sakit kepala, aku memang tak boleh buat kerja apa2 n fikir2 apa2.. korang bayangkanlah, sebagi student, tasks mmg byk giler n bila sakit tu menyerang je,,, aku memang tak boleh buat apa2.... fuhhh... susah taw... nk2 bila belajar jauh... sakit sorg2 dri... family xde.. n yg ade pun kwn2 jela... tapi sampai bila nk menyusahkan  dyorg... sampai satu thap aku rasa aku byk menyusahkan dyorg..membebankan dyorg... malu pun ade sebab asyik sgt sakit... fuhhhh... Ya Allah, permudahkan segala urusan ku n sihatkan lah tubuh badan ku... amin.. 
:D

Wednesday, 26 June 2013

*SEM bARU*

pejam celik, pejam celik dah dekat seminggu masuk sem baru,,, dan baru sekarang aku bekesempatan nk blogging... fuhhhh... first day dah banyak giler dapat assgment.... disebabkan dh lama cuti kn. semangat tuk bt assgment tu mmg xde... law bleh langsung tak nak sentuh.... dah r sem ni banyak giler presentation... waaaa.... presentation in english.... xsanggup r..... aku ni memang dah lemah sangat bab2 speaking ni... waaaa..... mana nk kne sesuaikan diri dengan classmate baru lagi.... tapi alhamdulillah lah... setakat ni semua berjalan dengan lancar lagi. classmate baru pn semua ok dan bagi kerjasama dengan baik sekali... thanks sebab terima kamai semua sebagai classmate baru korang.....

:D

Friday, 21 June 2013

firstly sowry sbab gmbra ni dh lme... tapi skrg bru skrg ad masa untuk upload gmbr ni.... pic ni  i snap di jaybee....
 i rse ni r gmbr yg paling trbaik n menarik yang prnh i snap..... 
\
ni lak pic ank buah i... sje je srh dyorg possing kat taman bunga..... i pnjm dyorang sekejap untuk jadi model i.... btw... xsangka lak ank buah i ni pndai possing... u all comment ye..








cuti sem ni aku banyak menghabiskan masa dngan snap picture...
 hahhahahha... xbyk... tapi boleh lah sekadar untuk menghiburkan hati ni.....
thanks kps abg spupu aku... abg long ja sebab membenarkan haiwan2 kesayangan dia tu 
jadi model aku....
btw... haiwan2 ni mmg pndai possing.... heheheh














kebahagaian abadi

waaaaa.... sedihnya... cuti dah habis.... ary ni last day kt umh.... mlm ni dh kne balik jaybee.... huhu.... perasaan sedih dan malas 100% melanda diri ni.... aku belum bersedia untuk menempuh sem 3 ni.... banyak perubahan yang berlaku.. aku terpaksa sesuaikn diri dengan classmate baru.... aku terpakse berdepan dengan subjek BI... waaaaa... xsukenye... tapi suke tak suke pn aku terpakse menghadapi semua ni... aku berharap semuanya berjalan dengan lancar....

satu lagi hal yang merungsingkn aku sekarang adalah si dia yang datang mengganggu hidup ku balik. aku tidak tahu apa motif dia... tak cukup lagikah apa yang dia lakukan pada ku selama ni??? adakah dia begitu membenci ku sehinggakan langsung tidak memberi ruang kepadaku untuk hidup bahagia? perlukah dia muncul balik didalam hidup aku setelah apa yang dia lakukan? bukan aku nk persoalkan takdir Allah SWT. aku cuma tertekan dengan kehadiran dia semula.. aku sudah menjauhkan diri daripada dia. aku sudah dapat menerima kenyataan ni semua.tapi aku manusia biasa... aku tak mampu lagi untuk bertahan daripada terus dipersalahkan. aku tidak tahu apa salah ku padanya sehinggakan dia tidak mahu membenarkan untuk aku hidup bahagia... begitu benci dia terhadap aku.. Ya Allah kuatkan lah aku supaya aku mampu bertahan lagi. kuatkan aku supaya aku dapat bersabar menghadapi semua ini. dan  jika dia bukan jodoh ku, Engkau jauhkan dia daripada aku. Engkau biarkanlah dia berbahagia disamping orang yang menyayangi dia... aku tidak kuat untuk terus dipersalahkan lagi. Ya Allah engkau jauhkan dia daripada aku jika aku betul2 diciptakan bukan untuknya.

perasaan berharap padanya sudah lama hilang. sayang padanya sudah lama pudar atas perbuataanya padaku. walaupun jahat mana sekali pun diri aku ni. aku tidak akan pernah mendoakan keburukan untuknya. aku cuma boleh mendoakan kebaikan untuk dirinya dan satu yang paling aku mahukan . aku mahu dia sedar atas kesilapan dan perbuatan yang dia lakukan. aku juga tidak mahu oarng lain menerima nasib yang sama seperti aku. biar lah aku saja yang merasainya.

buat si dia...
aku dah maafkan segala kesalahan dan kesilapan yang pernah kau lakukan pada aku. tapi aku hanya manusia biasa. aku boleh memaafkan tetapi tidak melupakan... women can forgive but neever forget.  aku tidak mahu meminta balasan apa2 pun. cme tlg lah jauhkan diri ko daripada aku. jangan ganggu hidup aku lagi dan  biarkanlah aku hidup dengan dunia ku sendiri.

kebenaran

menunggu dan berharap sudah menjadi satu kepastian dalam diri aku sekarang. ianya sudah sebati dengan diri aku. aku langsung tidak jemu walaupun kadang kala diri sudah terlalu letih dan bosan untuk menghadapinya. tapi keran aku percayakan takdir dan ketentuan ALLAH.. aku still bertahan dan terus menunggu dan berharap..

aku terus menunggu dan menunggu. menunggu bilakah sinar kebahagian akan muncul dalam hidupku. aku bukanlah ingin menjadi seorang yang tamakkan kasih sayang. namun aku hanyalah manusia biasa yang penuh dengan kekurangan. aku tidak mampu untuk membendung rasa ingin disayangi. hmmmm.... tapi faham2 jelakan. kita sering diuji dengan pelbagai cabaran yang langsung tidak pernah terlintas difikiran kita. 

berharap pun sudah menjadi satu kepastian dalam hidup aku.. berharap sesuatu keajaiban akn muncul dan menyinari hidup ni... hahahhahaha,..... ni r akibat coz terlalu banyak sgt bce nvel cinta ni.... tapi tak de seorang pun yang tahu apa yang aku rasakan. mungkin orang lain agap kiat langsung xde mslh. dyorang hnye mmandang luaran sahaja. tapi tiada siapa pun yang tahu apa yang aku lalui... ramai orang memuji diri ni sebab dyorang menggap aku seorang yang kuat. tapi dyorang xprnh tahu ap yang aku rasakan disudut hati ni.... 

Monday, 25 March 2013

DUIT oH dUIt

banyak betul dugaan sejak akhir- akhir ni.... waaaa... dekat final ni, duit dh jadi macam air... laju je keluar...
seratus tu blh than seminggu je... barang- barang art lak banyak yang kena beli untuk final projek ni... kadang kadang buntu bila i memikirkan pasal duit.... hahhahahha...
duit. duit, dimana ko duit??????
datang r kepada ku duit.....
seriously, skrg i mmg dh x shopping.. duit banyak dihabiskan untuk beli barang2 art...
 barang2 art lak memang mahal giler... u all bygkan r... sekali i nk drawing, i kne spent 50 or 100 untuk bli brg2 art je.... huhuhuhu....  boleh botak kpala parents i taw bila asyik mintak je...

sekarang i ada r buat plan sikit, i rasa cuti sem ni i nk kerja lah... bgs jgk law kerja. blh dpt top4 balik duit i y kering tu( kering mcm musim kemarau) hahahhah.. melalut jela i ni... hahahhaah.... lgpn law i kerja, dpt jgk cri pglaman n xde r i hbs kn cuti sem i tu gn tidur je...
hahhahahha...
 i sekarang kena fikirkan masa depan i n gan family i... bnde y xpntg lam hidup i, n bnde y blh menjatuhkn i... i nk buang jauh2 dri lam hidup i... i xnk semua itu melemahkan semangat i....  

orang tak tahu apa yang kita alami, dyorang just tahu nk tunding jari dan salahkan orang... tu je yang dyorang tahu... i pn xtahu r kenapa dyorang harus bersikap mcm tu.. kdg2 i prnh jdi mangsa keadaan... ssh tahu kita nk maju lam hidup kita jika kita  terus mengamalkan sikap tu n sikap untuk memajukan diri tu langsung xde... 

huhuhuhu.... susah r... lam hidup ni u all xblh bergantung kt orang lain, n u all xblh percayakan orang lain 100 % ok... hanya dri u je yang u all blh percaya...
 hahhaahhahah...
ok....
 doakan supaya hidup i n allah permudahkan segala urusan i..
;D
sedar tak sedar dh 4 bln perkara tu berlaku... sekejap je kn... fuhhhh... dalam kesibukan belajar, sampai kadang2 aq boleh terlupa tarikh tu..... uuuuuuuuu..... tpi bgs jgk, mknanya xde r aq tringatkn sgt peristiwa tu... hahhahaha... btw... byk gila assgment n kerja skrg... tinggal lg 3 mggu untuk sem 2 ni... waaaa...
 sekejapnya masa berlalu....
tapi yang paling penting, semua berjalan dengan lancar n cuti sem 2 bln...

perggghhhh... cuti xstart lg tapi dh macam2 plan dh dirancang... hahhahaahhaha.... tak sabar rasanya nk balik 
kampung.....
rindu semuanya yang ada kt terengganu... 

now. hnya menghitung hari untuk blik terenggan
:D

Friday, 15 March 2013

*final projek*

assalamualaikum.

kejam celik, kejam celik, dh tinggal sebulan lg untuk sem 2 ni... (nasib baik kejam xcelik2) ALHAMDULLILLAH... syukur kerana masih di panjangkan umur....

fuhhhhh... btw... apa2 yg berlaku skrg. i tetap kena kuat n teruskan hidup ni seperti biasa... hidup mesti diteruskan? orait?  sekarang i kne buat persediaan y secukupnya untuk final projek... lam mse sebulan lg ni, byk bnde y i kne selesaikan.....

wish me luck k....

love u all... muuuahhh:D

Wednesday, 6 March 2013

vespa n basikal my twins.. ^_^


ni r vespa kesayangan baby( twins i taw) kami ni mmg betul2 sehati sejiwa sehinggakan kami selalu je minat pada benda y sama....


ni powm basikal baby punyer.. i tak tahu r dy bila kt mana semua barang2 dy y comey ni...
bukan dy y umur 6 thn je taw minat... i powm minat jgk basikal ni...
 comey..


 

impian vs cita-cita

assalamualaikum....
hye guys.... pernah tak u all terfikir yang u all nk travel satu dunia??? fuhhhh... sebenarnya tu lah impian i selama ni.... perasaan ingin capai impian tu semakin kemuncak bila i selalu follow kebanyakkan photografer2 yang travel n snap gmbr2 yang nice sgt... teringin sgt nk travel....

best kn bila dpt travel satu dunia? dpt kenal tempat org n dpt tengak semua kebudayaan di negara lain yg berbilang kaum tu.... insyaallah...

tapi tu lah, law dlm malaysia sendiri powm i xhbis lg travel.... mcm mana nk travel satu dunia? hahhaha/.... biasalah kn angan2 je y lbh...

btw.... i sebenarnya terkilan jugak coz selama ni dh byk i pergi ke tmpt2 y nice tapi mse tu xde kamera sendiri.... dulu powm snap gmbr gne fon je n fon powm dh lme... dh rosakk... huhuhu

so, semua tu tinggal kenangan dh...
 xpela... start skrg... i akn upload semua pic2 y i snap k....

:D

Monday, 4 March 2013

kegilaan sampai kepuncak.....

assalamualaikum...
fuhhhh.... dh lama tak menulis... disebabkan kesibukan yang agak melampau, so masa untuk blog powm dh semakin sedikit.... fuhhh..... penat woooo.... btw.... kepenatan tu xde r terasa sgt disebabkan ade classmate n housemate i yang perangai brutal n gila- gila ni.....

dyorang semua r yang sentiasa bt i gelak sampai sakit perut n kadang-kadang sampai nk nangis....
hahahhahah.... lucu... byk kenangan n kejadian yang lucu y terjadi.... hahah.. dlm kenangan2 manis tu, ade jugak kenangan pahit... tapi disebabkan kitaorang ni gila- gila skit( sebenarnya byk perangai gila2 tu) hahhahah.... kenangan yang pahit tu powm bleh jdi kelakar.....
kwn2... apa2 powm... i syg sgt gn persahabatan ni....
:D

Friday, 15 February 2013

waHaI lElAKi

janganlah hipokrit, semua lelaki perlukan wanita, tanpa wanita dihati, perasaan dan fikiran lelaki akan rosak. mereka masih mencari walaupun ada segalanya.
apa yang tidak ada di syurga sehingga kan ADAM rindukan HAWA?

pada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri, sayang, puteri atau sebagainya. dijadikan wanita
daripada tulang rusuk yang bengok untuk diluruskan oleh lelaki.. tetapi kalau lelaki sendiri tidak lurus, mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

wahai lelaki, uruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan ALLAH, didiklah mereka dengan panduan dari -NYA. janganlah cuba menjinakkan mereka yang liar dengan harta kerana mereka nantinya menjadi semakin liar.

janganlah menghiburkan mereka dengan kecantikan kerana nantinya mereka semakin menderita. yang sementara itu, tidak dapat menyelesaikan masalah, kenalkan mereka pada ALLAH, zat yang kekal kerana disitulah punca bagi kekuatan dunia.

akal wanita senipis rambutnya, tebalkan ia dengan ilmu.. hatinya serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman. hiasilah ia dengan akhlak. bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan. la bukan diskriminasi TUHAN sebaliknya disitulah kasih sayang TUHAN. wanita yang lupa pada hakikat kejadiannya pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. tanpa ilmu, iman dan akhlak mereka tidak akn lurus bahkan akan membengkok. 

itulah akibat andai wanita tidak kenal Tuhannya. bila wanita derhaka, dunia lelaki akan huru -hara. lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan, tetapi binalah kepimpinan. pastikan sebelum memimpin wanita menuju ILLAHI, pimpinlah diri sendiri kepada NYA.
jinakkanlah diri pada Allah nescaya akan jinaklah segalanya dibawah kepimpinanmu.

janganlah mengharapkan isteri semulia FATIMAH AZ-ZAHRA, andai peribadi mu tidak sehebat SAIDINA ALI.... 

:D

Tuesday, 12 February 2013

woman can forgive, but never forget

memaafkan adalah sesuatu perbuatan yang paling indah... jika diri kita dapat memaafkan sesorang, itu lah senjata yang paling apuh untuk diri kita... insyaallah dengan kemaafan. diri kita kan menjadi lebih tenang dan baik.. insyaallah... 

tapi sebagai insan y lemah dan banyak kekurangan ini, kita tidak akn pernah lupa dan tidak akan pernah dapat melupakan apa yang telah terjadi... tiada manusia yang tidak mempunyai masa silam dan tiada manusia yang berhak untuk menghukum... kekuatan dan kesabaran adalah perkara yang paling diperlukan untuk menghadapi semua ini.... perasaan cinta yang pernah hadir ketika dahulu itu biarlah dilontar jauh.... bibir wajar membohogi, namun tidak hati...

kepercayaan yang diberikan kepada kita janganlah dipersiakan dan janganlah dikiananti... sesungguhnya bila kepercayaan itu dikianati, tiada lg ubat yang mampu untuk mengubati kekecewaan itu dan kepercayaan itu tidak akn kembali lagi... bila seseorang itu ditipu, maka hatinya telah terluka dh luka itu akan meninggalkan kesan yang mendalam dan ianya akan menyebabkan parut di hati kecil itu...
sesungguhnya, parut itu tidak akn pernah hilang dan sebegitulah hati y tidak akan pernah melupakan apa yang telah terjadi...

:D




*muncul kembali*

hye  semua!!! i skrg sebenarnya tgh buntu ni... tak tahu nk buat keputusan ape...  dy muncul balik dlm hidup i!!!!  pening r i macam ni.... i tak sangka y tbe2 dy blh text i nk mintak maaf... actually i powm buntu jgk why dia mntk maaf... (mybe dy dh sedar kot) i powm tak tahu apa y i perlu lakukan.... happy ke i? sedih, terharu or kejut??? i tak tahu..... perlu ke dy muncul blik selepas buat i macam nie???? xsuka! xsuka mcm ni!!!!!

perlu ke i percaya dgn semua kata2 dy? n perlu ke dy muncul balik n bg harapan blik kepada i n lps ni tak mustahil dy akn tinggalkn i lg????? dy dtg mntk maaf n then nk explain semua nya y dia anggap ap y i tahu tu adalah tu membohongan semata- matA.. entah r..... hati i sebenarnya berbelah bg sekarang... perlu ke i pergi jumpa dy n dgr semua nya penyelasan nya??????

tlg3!!!!!! I BUNTU NIE....
 apa y i perlu buat????????? arghhhhhhhhhhhhhhhhhh.... xsuka nya keadaan mcm ni..... fuhhhhhh...
 btw, i mmg mls nk fkir lah... bia je waktu y menuntukan sgle2nye.... n now just smile, ok!!!!!

:D

Sunday, 10 February 2013

*kAmPuNg*

alhamdulillah.. i dh selamat sampai di kmpung(kuala terengganu)... fuhhh... 12 jam prjalanan amat memenatkan... dri jaybee ke kl dh mengambil masa 6 jam n dri kl ke tganu mengambil masa 6 jam jugak... penat giler....stu mlm i tak tidur cz i terpaksa temankn cousin i coz i takut dia akn mengantuk bila i tidur n biarkan dia sorang2 je... btw.. kepenatan tu hilang macam tu je bila i dpt jumpa gn family tercinta.. semalam i lah orang y paling happy sebab dpt kumpul 1 family n makan mlm bersama2 utk celebrate birthday ank buah i.... tidak ada perkara yang paling membahagiakan i selain dpt bersama gn family tercinta.... ni r gambar y i smpat snap dlm kesibukan i melayan keranah ank2 buah i tu... hehehe...


hah.... ni r birthday boy tu (putra muhammad rayyan) kekasih hati i taw..... syyygggg rayyan sgt...



y sebelah kiri tu along i n y sebelah kanan tu kakak ipar i....



with my mum..... 



 smile!!!!!!!!!!


angah n my twin.... baby

:D

Monday, 4 February 2013

madah cinta

'penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil. jika anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan. ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada lagi peluang kedua'
:D

pagi nie. i n housemate+ classmate bgn pagi2 n ciap2 awl untuk ke cls digital imaging....
so. kitaorang mcm biasalah... berjalan dengan penuh semangat( sebenarnya malas nk ke cls)... n sampai kt kelas.... miss tak masuk cls lgi..... fuhhhhhh... selamat sebab kitaorang kiranya dh lambat tdi tu.... tak sampai 10 minit kt cls,,, tiba2 ade seorang abg senior dtg n ckp kt cls i. (miss liew ckp cls cancel).... PERRRGGGGHHHHHHH...... mcm nk mengamuk pun ade jugak(tapi sebenarnya suka sebab cls cancel... hehehe)
actually... i benggang sebab i rasa buang masa mcm tu je.... xde cls kne prgi libary.... huhu....
i ni. bila kt library, org duk sibuk nk research, tapi i... online....,,,
hehehhehe... sebab tak de kerja sgt kn. so hbis kn mse kt libary nie gn online je.... nk blik rumah powm jauh.... kalau berjalan kaki dalm 15 - 20 minit jugak baru sampai.....
tapi tak pelah... hari ni i tetap happy coz  lam i rse seolah2 ade semangat baru yang berputik lam diri i sekarang... thanks kepada semua kwn2 i.... (mira,mai, su, dian, silfa,pika,pooi yee, ikhmal, am, hafiz, ira, ja n fatin)
:D

Friday, 1 February 2013

LEARN from yesterday,live for todAY,Hope for tomorrow

semua orang ade live masing2...tapi semua nya tak sama... nampak sama, tapi tak serupa. k?.. i powm sekarang keliru dengan apa yang i rasa... susah untuk kita lupakan apa yang orang lakukan terhadap kita.. i tak pernah salahkn si dia sebab i tahu ni dh memang takdir yang tertulis untuk i...
sy sedar siapa lah i untuk menyalahkan takdir... i selalu berusaha utuk buat yang trbaik sbb i tahu i tak mampu nk jadi yang terbaik... insyaallah, i akn sabar menghadapi semua ni... tapi sebagai hamba yang lemah nie. kadang2 i tak kuat... susah untuk i explain... btw.. i hrap sgt u all dpt ambil iktibar dri crte2 i supaya u all tak akn kecewa sbgai mne y i hadapi sekarang...

huh... hidup sebagai seorang pelajar diploma rekabentuk grafik nie mmg mencabar... jika u all tak ade keyakinan diri n u all tak minat dengan dunia seni ni, u all jgn berangan u all akn mampu nk hadapi semua nie... i tak de r terror n pndai sgt, tpi disebab kn minat yang mendalam dlm dunia seni nie... i yakin i dpt mencapai cita- cita y i impikan selama ni... insyaallah...

tak semestinya tanpa dia, i tak mampu hidup n i tak kuat. mungkin tu dlu,, tapi sekarang i dh dpt hadapi semua nie dgn baik. alhamdulillah...
sal live i skrg... i epy sgt gn my friends n my family... diaorang r yg selalu menceriakan hari- hari i skrg... kpd my twins, i rndu sgt dy... tak sabar nk blik kg.... night

=D

Thursday, 31 January 2013

cinta bukan mengajar kita lemah dan cinta jugak mengajar kita  untuk tidak berputus asa...
tapi kerana cinta ramai yang menjadi lemah dan ramai yang cepat berputus asa...
i tak salahkan diaorang sebab i pernah lalui dan pernah rse sume tu...memang law kita tak kuat untuk hadapi kekecewaan tu, kita akn rse jatuh...
segelintir manusia ni suka melihat kita jatuh dan suka melihat kelemahan kita..
kita tidak boleh biarkan orang pijak2 kepala kite, ok??
i phm... untuk melupakan kekecewaan tu mmg susah...
kita tidak boleh untuk melupakan masa lalu tapi kita blh brushe untuk melupakan nye...
so, u all jgn rsau coz ade hikmah disebalik sume ni....
bg i pengalaman lalu membuatkan i bertambah kuat untuk menghadapi dugaan hidup..
so, jgn ptus asa bg sesiapa yang pernah kecewa... mgkin dy y prnh hadir dlm hidup u tu bukan lah jodoh u yg sebenar k? :)

:D

Tuesday, 29 January 2013

assalamualaikum.... alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk meneruskan hidup nie...
selama 18 thn nie, i nk shre skit pengalaman hidup i yang tak seberape nk banyak nie... hehe... btw pglaman hdup i tak de r menarik sgt, p untuk shre n untk di jadikan sebagai pengajaran tu... bleh r....
ok.... firstly. i mulakan dengan pengalaman i dalam BERCINTA? entah r... susah untuk i mengukaikan apa itu erti cinta sejati.... i tahu setiap manusia  ada naluri untuk dicintai dan disayangi.. tapi i tak paham kenapa still ade manusia yang sanggup melukakan hati yang orang yang terlalu sygkn dia..... hmmmm.... cuma apa yang i boleh pesan berdasarkan pengalaman i, u all jgn lah percayakan 100% org y u all syg sgt tu... percaya tu blh, p jgn trllu percaya kn sgt k... ty i continue lh.. night..

:D