Monday, 27 January 2014

setelah 2 tahun

25.01.2014... 

tarikh yang paling bermakna... tak dapat aku ungkapkan apa yang aku rasakan pada hari tu. setelah 2 tahun aku tidak bersua muka dengan si dia. akhirnya pada hari tuh aku berjumpa dengannya. perkara yang selama ni menjadi tanda tanya buat diri ku ini. 

saat berhadapan dengannya, aku tidak tahu apa yang aku rasakan, rindu, sayang, marah dan benci bercampur menjadi satu rasa yang tak dapat aku ungkapkan. bayangkan lah setelah 2 tahun akhirnya aku bersua muka dengan lelaki paling aku rindui, lelaki yang sentiasa bermain di benak fikiranku ini dan lelaki yang pernah menghancurkan hati dan mengecewakan hati aku ini. 

rasa sebak mulai menguasai diri takala dia bertanyakan khabar ku dan membuat seolah- olah tidak pernah terjadi apa- apa diantara kami. pada mulanya, aku menjadi bingung dan bisu, tak tahu apa yang patut aku ucapakan dan bualkan padanya. terasa amat canggung,. 

akhirnya aku mengeluarkan segala yang terpendam dihati ni.. aku mula bertanya kenapa dia menghukum ku tanpa sebab dan kenapa setelah 2 tahun berlalu, baru sekarang dia munculkan diri..

dan yang paling aku terkejut, kenyataan yang dia katakan apabila aku bertanyakan tentang status hubungan ni dan jwapannya "kita tak pernah clash". so apa sebenarnya jawapannya. 

entahlah sekarang aku rasa aku lg dan dperbodohkan lagi dan di permainkan lagi....


Sunday, 12 January 2014

KaWan

dalam hidup ni semua orang mempunyai kawan. tak kisah lah kawan sekolah ke, kawan u ke or pe2 pun. tapi tak semua kawan mampu jadi kawan yang sejati. aq tidak pernah melabelkan diri aku ni sebagai kawan sejati kerana aq tahu tak semua orang akan suka apa yang kita lakukan walaupun ianya terbaik untuk satu perhubungan persahabatan.
dalam dunia ni ada bermacam- macam jenis kawan. ada kawan yang sentiasa bersama dengan kitatak kira suka atau duka kita. ada kawan yang hanya ada pada kita senang, ada kawan yang hanya mahu mengambil kesempatan atas diri kita dan ada kawan yang hanya mahu mempergunakan kita. banyak sebenarnye jenis kawan ni. dan law aku listkan pun tak mungkin aku dapat listkan semuanya.
tapi sebaik kawan, adalah kawan yang sentiasa ada bersama kita tak kira masa suka or duka kita. ni adalah kawan dunia akhirat. sentiasa menghulurkan tangan ketika kita jatuh. sentiasa menghiburkan kita saat kita berduka. sentiasa memberikan nasihat untuk diri kita. dan sentiasa berdoa untuk diri kita. dan kawan sebegini amat susah untuk ditemui. kerana keikhlasan dalam persahabatan itu ibarat seekor semut hitam di ats ada batu y htm di mlm y amat kelam. ianya wujud ttpi amat sukar dilihat.
:D

Sunday, 5 January 2014

*matang*

Semakin bertambah kematangan seseorang, semakin banyak dugaan yang perlu dihadapi. Melalui dugaan itulah, kematangan seseorang itu boleh diukur. Diukur berdasarkan tahap kesabaran dan tahap keyakinan diri samaada berjaya ataupun gagal dalam menghadapi dugaan yang datang menguji diri. Kematangan itu juga tidak dikira berdasarkan betapa tuanya kita. Kematangan juga tidak terikat pada umur dan apa yang paling penting kita perlulah berusaha mengambik pengajaran dalam setipa perkara yang dilalui.  Matang itu apabila seseorang itu mampu mengenali Allah dan mengetahui matlamat kehidupannya.
Tetapi harus diingati bahawa Allah SWT tidak akan menguji hambaNya melebihi kemampuan hambaNya.
Kadang kala kejatuhan seseorang dimasa lampau juga dapat menjadikan seseorang itu lebih matang. Matang dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan tipu muslihat.
Apa lagi yang dilakukan setelah mengetahui anda ditipu oleh insan yang paling anda sayangi? Apa yang perlu anda katakan apabila kasih sayang, kesetian dan kejujuran anda dibalas dengan kekecewaan yang tidak berbelah bagi?
Ya. Memang kita akan lalui penderitaan yang amat perit dalam jangka masa yang panjang. Dan kita juga akan mengambil masa yang lama untuk bangkit daripada kejatuhan. Tapi tanpa kita sedari, sepanjang tempoh itu, diri kita menjadi semkin kuat, semakin kuat menghadapi dugaan yang lebih mencabar. Dan ketika itulah tahap kematangan kita semakin bertambah. Kematangan itu juga tidak boleh diukur dengan umur.
Dari pandangan saya, kematangan itu datang dari dalam diri seseorang insan. Kematangan seseorang itu boleh diukur berdasarkan pengalaman yang pernah dilalui sepanjang kehidupan seseorang itu. Tapi itu bukan bermakna orang yang tidak mempunyai pengalaman yang ‘besar’ itu adalah tidak matang. Kematangan itu adalah hasil daripada pemikiran dan keputusan yang dilakukan untuk memilih yang terbaik didalam kehidupan..

:D