Friday, 21 June 2013

kebahagaian abadi

waaaaa.... sedihnya... cuti dah habis.... ary ni last day kt umh.... mlm ni dh kne balik jaybee.... huhu.... perasaan sedih dan malas 100% melanda diri ni.... aku belum bersedia untuk menempuh sem 3 ni.... banyak perubahan yang berlaku.. aku terpaksa sesuaikn diri dengan classmate baru.... aku terpakse berdepan dengan subjek BI... waaaaa... xsukenye... tapi suke tak suke pn aku terpakse menghadapi semua ni... aku berharap semuanya berjalan dengan lancar....

satu lagi hal yang merungsingkn aku sekarang adalah si dia yang datang mengganggu hidup ku balik. aku tidak tahu apa motif dia... tak cukup lagikah apa yang dia lakukan pada ku selama ni??? adakah dia begitu membenci ku sehinggakan langsung tidak memberi ruang kepadaku untuk hidup bahagia? perlukah dia muncul balik didalam hidup aku setelah apa yang dia lakukan? bukan aku nk persoalkan takdir Allah SWT. aku cuma tertekan dengan kehadiran dia semula.. aku sudah menjauhkan diri daripada dia. aku sudah dapat menerima kenyataan ni semua.tapi aku manusia biasa... aku tak mampu lagi untuk bertahan daripada terus dipersalahkan. aku tidak tahu apa salah ku padanya sehinggakan dia tidak mahu membenarkan untuk aku hidup bahagia... begitu benci dia terhadap aku.. Ya Allah kuatkan lah aku supaya aku mampu bertahan lagi. kuatkan aku supaya aku dapat bersabar menghadapi semua ini. dan  jika dia bukan jodoh ku, Engkau jauhkan dia daripada aku. Engkau biarkanlah dia berbahagia disamping orang yang menyayangi dia... aku tidak kuat untuk terus dipersalahkan lagi. Ya Allah engkau jauhkan dia daripada aku jika aku betul2 diciptakan bukan untuknya.

perasaan berharap padanya sudah lama hilang. sayang padanya sudah lama pudar atas perbuataanya padaku. walaupun jahat mana sekali pun diri aku ni. aku tidak akan pernah mendoakan keburukan untuknya. aku cuma boleh mendoakan kebaikan untuk dirinya dan satu yang paling aku mahukan . aku mahu dia sedar atas kesilapan dan perbuatan yang dia lakukan. aku juga tidak mahu oarng lain menerima nasib yang sama seperti aku. biar lah aku saja yang merasainya.

buat si dia...
aku dah maafkan segala kesalahan dan kesilapan yang pernah kau lakukan pada aku. tapi aku hanya manusia biasa. aku boleh memaafkan tetapi tidak melupakan... women can forgive but neever forget.  aku tidak mahu meminta balasan apa2 pun. cme tlg lah jauhkan diri ko daripada aku. jangan ganggu hidup aku lagi dan  biarkanlah aku hidup dengan dunia ku sendiri.

No comments:

Post a Comment