Sunday, 5 January 2014

*matang*

Semakin bertambah kematangan seseorang, semakin banyak dugaan yang perlu dihadapi. Melalui dugaan itulah, kematangan seseorang itu boleh diukur. Diukur berdasarkan tahap kesabaran dan tahap keyakinan diri samaada berjaya ataupun gagal dalam menghadapi dugaan yang datang menguji diri. Kematangan itu juga tidak dikira berdasarkan betapa tuanya kita. Kematangan juga tidak terikat pada umur dan apa yang paling penting kita perlulah berusaha mengambik pengajaran dalam setipa perkara yang dilalui.  Matang itu apabila seseorang itu mampu mengenali Allah dan mengetahui matlamat kehidupannya.
Tetapi harus diingati bahawa Allah SWT tidak akan menguji hambaNya melebihi kemampuan hambaNya.
Kadang kala kejatuhan seseorang dimasa lampau juga dapat menjadikan seseorang itu lebih matang. Matang dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan tipu muslihat.
Apa lagi yang dilakukan setelah mengetahui anda ditipu oleh insan yang paling anda sayangi? Apa yang perlu anda katakan apabila kasih sayang, kesetian dan kejujuran anda dibalas dengan kekecewaan yang tidak berbelah bagi?
Ya. Memang kita akan lalui penderitaan yang amat perit dalam jangka masa yang panjang. Dan kita juga akan mengambil masa yang lama untuk bangkit daripada kejatuhan. Tapi tanpa kita sedari, sepanjang tempoh itu, diri kita menjadi semkin kuat, semakin kuat menghadapi dugaan yang lebih mencabar. Dan ketika itulah tahap kematangan kita semakin bertambah. Kematangan itu juga tidak boleh diukur dengan umur.
Dari pandangan saya, kematangan itu datang dari dalam diri seseorang insan. Kematangan seseorang itu boleh diukur berdasarkan pengalaman yang pernah dilalui sepanjang kehidupan seseorang itu. Tapi itu bukan bermakna orang yang tidak mempunyai pengalaman yang ‘besar’ itu adalah tidak matang. Kematangan itu adalah hasil daripada pemikiran dan keputusan yang dilakukan untuk memilih yang terbaik didalam kehidupan..

:D

No comments:

Post a Comment