Monday, 30 September 2013

mampu berserah

Pernah juga bayangnya muncul di benak fikiranku ini. terdetik juga hati ini tuk mengetahui khabar berita darinya. Bukan mengharapkan apa- apa darinya. Cuma sebagai seorang insan yang masih berperikemanusiaan, aku tetap mengambil berat tentangnya sebagai seorang sahabat dan sebagai saudara sesama islam. Biarlah. Aku pun sudah tidak mahu mengungkit masa lalu ku. Dan kalau boleh aku langsung tidak mahu menyebut tentang perkara yang lepas. Biarlah ianya menjadi sebuah kenangan yang bermakna buat ku. Biarlah ianya menjadi panduan buat ku supaya aku lebih berhati- hati dalam membuat keputusan pada masa yang akan datang. Aku pun tidak menyimpan dendam.
Sekarang aku bahagia. Bahagia dengan cinta aku pada family aku,cinta aku pada kawan2 aku. Tidak bermakna tiada cinta yang bergelar sang lelaki. aku tidak bahagia. Kenyataan itu salah!!Aku bahagia sekarang, bahagia bersama keluarga dan kawan- kawan ku. Bukan aku menyimpan dendam pada kaum Adam, tapi buat masa sekarang memang aku tidak dapat menerima sesiapa pun dalam hati ini. perasaan takut tuh masih berjaya menguasai aku lagi. Aku tidak berniat tuk mengecewakan hati kaum lelaki, tapi aku minta maaf. Buat masa ini aku belum bersedia untuk menerima sesiapa pun dalam hidup aku. Banyak lagi yang perlu aku kejar. Banyak lagi perkara yang lebih penting untuk aku miliki. Dan aku tak yakin, bahawa buat masa sekarang ni, ada lelaki yang betul2 memahami aku sebagai pelajar grafik design. Banyak komitment yang perlu aku berikan.
Biarlah, aku yakin, cinta itu ada dimana- mana walaupun ianya  hanya sekecil zarah sekalipun. Bila sudah sampai masanya, cinta itu akan datang dengan sendirinya. Aku tahu kita patut berusaha dahulu dan barulah bertawakal. Tapi. Bagi aku tak perlukah kita terlalu berusaha mencari cinta sehinggakan mengabaikan semua tanggungjawab kita. Cinta itu kan  datang pada masa yang sepatutnya. Pada sesiapa yang masih belum menemui cinta sejati anda, jangan risau kerana suatu hari ianya akan datang tanpa diduga. Cuma bila, dimana dan siapa itulah yang kan menjadi persoalaannya. Akhir kata, apa2 pun teruskan  berdoa supaya Allah mempermudahkan segala urusan  kita dan memberi kita jodoh yang akan emmbimbing kita ke jalan ALLah... insyaallah..

:D

No comments:

Post a Comment