Tuesday, 10 September 2013

pengalaman mengajar erti sebuah kehidupan

Pengalaman putus cinta tidak lama dahulu memberi pengajaran buat aku agar lebih berhati – hati memilih pasangan hidup. Kini, aku terasa hidup aku lebih terurus selepas berpisah bersama si dia. Serik, itulah yang sepatah ungkapan yang selalu terbit dari bibir aku ni...  tapi tak bermakna aku membenci kaum Adam. Tapi itu semua cerita ringkas yang berlalu sejenak dalam ruang lingkup kehidupanku,mungkin salah aku juga kerana terlalu terburu- buru menerima cinta si dia.  Tapi aku reda sekarang jika ia berhenti disini sahaja. Selepas dilukai, barulah aku tahu tidak semua percintaan itu indah, dan tidak semestinya tidak punya kekasih kita akan kesunyian. Memilih untuk bersendiri juga ada kelebihan yang aku tidak nampak sebelum ni. Memang aku akui, kalau lihat kawan bercinta, aku pun ingin bercinta lagi, tetapi kesudahannya alih-alih bercinta ini banyak juga masalah yang timbul. Buat masa ini aku lebih senang bersendirian dan jika ada waktu terluang, kawan- kwanlah antara peneman setia aku untuk keluar mengisi masa terluang. Kini, barulah aku merasai kehidupan remaja sebenar dan aku gembira apabila dapat bersama teman yang sanggup bersama aku walau dalam keadaan apa cara sekalipun.
 Sejak kembali solo, ada di antara teman rapat yang cuba untuk menjadi orang tengah memperkenalkan aku dengan teman lelaki lain. Tetapi bagi aku, situasi ini kurang aku senangi. Aku tidak kisah untuk menghulurkan salam perkenalan. Cuma bagi aku, biarlah ianya hanya sekadar kawan biasa. Namun, ini tidaklah bermakna aku marah terhadap meraka yang cukup prihatin terhadap perasaan aku selama ini.
Rasanya untuk masa terdekat ini, biarlah aku fokus kepada pengajian. Hati ini masih penat dengan kekecewaan lalu. Sejak kembali solo, aku rasa lebih bebas dan tidak lagi rasa terganggu untuk bergerak ke sana ke mari. Meskipun si dia dulu tidak pernah untuk menghalang aku daripada melakukan apa yang aku suka, tetapi  perasaan bebas itu lebih lagi apabila kembali solo. Mungkin aku berasa bebas kerana aku bebas melakukan sebarang aktiviti tanpa melaporkan kepada si dia.
Ada yang berkata jika mempunyai teman lelaki. kita boleh berkongsi masalah dan apa sahaja, akan tetapi aku beruntung kerana mempunyai rakan lelaki yang agak ramai.kebanyakkan meraka adalah sahabat baik yang cukup prihatin terhadap sahabat perempuan mereka. cakap apa saja masalah yang perlu diselesaikna, insya –Allah mereka akan menghulurkan bantuan. Malah mereka juga adalah pendengar yang baik untuk aku selama ini. terima kasih semua untuk sahabat tersayang untuk sebuah ikatan persahabatan yang ikhlas dan suci ini.
Ada kalanya, timbul juga rasa cemburu melihat pasangan lain bercinta yang selalu bersama, tetapi sekarang itu bukanlah masalah besar bagi aku. Aku tetap enjoy dgn kehidupan aku seadaanya. Otak dan hati tak lagi runsing dan resah memikirkan lelaki. untuk masa yang seterusnya, aku tidak mahu lagi terburu- buru dalam mengejar sebuah cinta. Jika ditakdirkan mengenali dan bertemu seseorang, aku akan terlebih dahulu mengenalinya sebagai seorang sahabat, jika ada keserasian di situ, barulah melangakah ke fara seterusnya. Hehehehhe.

Hmmmm... kesimpulannya, terpulanglah kepada diri sendiri. Jika rasa berdua lebih baik(macam lagu archa tu) heheh, maka teruskanlah hubungan tu. Jika sebaliknya, hidup sendiri juga tetap ada bahagia yang menanti. Nasihat aku Cuma satu je, berwaspadalah dalam mencari teman hidup, jika belum bersedia, baik lupakanlah hasrat n tumpukan apa yang lebih penting dulu. Insya – Allah jodoh itu tetap ada kerana Allah itu sentiasa ada untuk hamba- hambaNYA

No comments:

Post a Comment